Majlis Anugerah Sastera Negara
Dulu nak sangat jadi doktor atau ahli farmasi. Bukan rezeki melengcong jauh dari impian maka jadi engineer. Alhamdulillah rezeki dapat scholarship company GLC dan terus diserap masuk kerja sebelum grad.
Disebabkan impian tak tercapai jadi dulu nak sangatttt anak anak pulak jadi doktor atau ahli farmasi. tak tahu kenapa mesti 2 kerja ini?
Bila meningkat dewasa ni.. baru sedar impian siapa yang aku nak kejar. impian diri sendiri atau anak anak.
Arreessa dari kecik selalu ikut tok Zurinah dia pergi majlis baca puisi. Mana nak jatuh kuah kalau bukan ke nasi. Dah memang gen tok zurinah kan.. Arreessa nampak suka akan puisi.
Dia pernah buat lukisan atas 1 buku dan minta Ainul dan suami dengar ” Mama Babah, Arreessa nak baca sajak ni “
Padahal dia tak pandai menulis dan dia berpuisi berdasarkan lukisannya. Dari apa yang dia luahkan seolah olah dia sedang menterjemah sesuatu dari lukisan dia.
Cuma kadang kadang keluar lah barbie, upin ipin, boboiboy dan macam macam karekter kegemaran dia
Jika minat Arreessa nak jadi penulis macam tok dia, kami parents akan support. Tak semestinya mama babah background engineering maka anak anak wajib jadi engineer.
Apa jua yang Arrreessa minat buat sebaik mungkin. Nak jadi penulis, biar sampai jadi Sasterawan Negara macam tok ye.
Chase your dream sayang not mama’s dream okay
*maryam masih kecil untuk tahu minat dia. cuma ada nampak sekarang minat dia check gigi mama. huhuhu