Kuali Hitam Mempetai FINAS

Kuali Hitam Mempetai FINAS

Alhamdulillah, baru balik dari FINAS, ada persembahan puisi, ekspresi seni di FINAS. Yang bestnya kali ini mama dan saya dapat dua envelope yang berbeza. Makanya mama dapat payment, saya pun dapat. Yehaa. Alhamdulillah.

Pergi FINAS ni macam macam ragam juga. Jumpa macam macam orang. Paling yang aku ingat sekali ialah jamming bersama Helmi Gimik sebelum performance sebenar. Aku saje demo lagu oh mama saya mahu kahwin. Oklahkan ? selambe je helmi gimik. best dia punya lawak.

Dapat jugaklah nasihat berguna dari otai nih. Biasalah anak seni tak boleh berhenti. Dia teruskan saja hiburan beliau. Jadi MC di mana mana function koperat. Kelebihan ? Beliau memang suka semangat keluarga Malaysia, Melayu, Cina, India semua dia boleh tapau !!!

Ada satu masa juga kena tipu dengan magician di Finas. Lepas tuh pulak sembang dengan Helzi Andalas, pelakon mr minda supergame boy !!!. Dia punya magik getah je, tapi memang menakutkan.

Lepas tuh ambil gambar dengan ramai orang juga. Kakak ambil gambar dengan Taufiq Hanafi, pelakon watak Ustaz dalam PASKAL. Ada juga ramai artis yang datang.

Event tuh berlangsung dua hari. Tak sempat nak godek semua. Tapi terima kasih saudara salman alfarisi yang sudi menjemput kami mempetai seni di FINAS !!!

catatan ninjaseni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *